Kes Tin Song Sheng

Pada 12 Januari 1996, Tin Song Sheng dilaporkan hilang ketika menunggu bas di perhentian bas di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumahnya. Beliau yang kali terakhir dilihat meninggalkan perkarangan sekolah bersama seorang wanita Cina pertengahan usia, ketika itu, Song Sheng dan kanak-kanak lain sebayanya baru sahaja memulakan minggu kedua persekolahan.

Terdapat dakwaan mengatakan beliau dilarikan sindiket lalu dijadikan pengemis di Thailand. Ibu bapa Song Sheng, Gan Kim Choo dan Tin Kuwi Diun telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian, dan telah menghabiskan wang sebanyak RM40,000 untuk mencari Song Sheng, termasuk menggunakan khidmat 80 orang bomoh, namun semuanya hampa.[2]